Berlaku Lagi Kemalangan Di Jalan Paris Satu, Ragut Nyawa Seorang Wanita

Berlaku Lagi Kemalangan Di Jalan Paris Satu, Ragut Nyawa Seorang Wanita

0
SHARE

KINABATANGAN, SABAH – Seorang wanita maut dalam insiden kemalangan kenderaan kali kedua dalam tempoh masa kurang daripada 24 jam di Jalan Paris Satu sini, pagi tadi.

LAPAN (8) lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terbalik pada bahu jalan berhampiran Kampung Paris.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata panggilan kecemasan diterima pada 7:58 pagi.

“EMPAT (4) wanita dan LIMA (5) mangsa lelaki terlibat. Identiti dan umur mangsa belum diketahui,” katanya.

Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah…

Katanya pasukan Bomba berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit manakala yang cedera diberikan rawatan awal dan dihantar ke Hospital oleh Ambulans.

Operasi ditamatkan pada jam 9.30 pagi.

Pada lebih kurang jam 4 petang kelmarin (29 Dis), Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis, Johainin Ruslan dan seorang lagi penumpang dalam kenderaan Perodua Alza yang dipandunya cedera parah di bahagian kepala.

Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah…

Beliau bersama ahli keluarganya sebelum terlibat dalam kemalangan membabitkan Isuzu D-Max dan sebuah lori.