Bomba Berjaya Pujuk Pemuda Cuba Bunuh Diri Kerana Kecewa Dalam Cinta

Bomba Berjaya Pujuk Pemuda Cuba Bunuh Diri Kerana Kecewa Dalam Cinta

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Pasukan Bomba daerah ini berjaya mengubah fikiran seorang pemuda 28 tahun yang cuba mengambil nyawanya sendiri kerana seorang janda.

Mangsa lelaki tersebut telah memanjat sebuah pencawang elektrik bagi menamatkan sakit hati setelah menemui jalan buntu dalam kisah cintanya.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.12 tengah hari.

Ketua BBP Sandakan Jimmy Lagung berkata mangsa mengalami konflik dalam hubungan bersama kekasih selama dua tahun.

“Penyelia BBP Sandakan telah mengunakan kaedah psikologi untuk memujuk mangsa sehingga mangsa bertindak untuk turun sendiri…

“Kami belum menjalani kursus atau latihan khusus bagi menghadap situasi pujukan sebegini tetapi lebih bergantung kepada empati diri,” katanya.

Menurut beliau, ini bukan kali pertamanya dalam memujuk seorang yang cuba membunuh diri.

“Situasi ini berkali saya hadapi di Semenanjung dan pernah juga beberapa kali di Sabah namun bagi tahun ini adalah kali yang pertama,” katanya sambil menambah mangsa seorang individu yang tidak berdokumen.

Insiden berjarak 21km dari BBP Sandakan berakhir dengan penyerahan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya pada 12.50 tengah hari.