Bomba Hantar 278 Bakul Makanan Ke Kawasan Terjejas Banjir Di Pitas

Bomba Hantar 278 Bakul Makanan Ke Kawasan Terjejas Banjir Di Pitas

0
SHARE

PITAS, SABAH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bersama agensi-agensi lain telah melaksanakan misi penghantaran bantuan keperluan asas kepada penduduk di kawasan terjejas banjir di beberapa kampung di Pitas, semalam.

Menurut laporan Komander Operasi PBK II KUP Jamaldin Akuk, sebanyak 278 bakul makanan telah dihantar ke Kampung Maringgan, Kampung Suang Duyung, Kampung Tampakahu, Kampung Layung, dan SK Senaja.

Katanya misi bantuan tersebut turut melibatkan kerjasama antara JBPM, ATM, APM, JKM, dan RELA.

“Operasi bermula pada jam 10.25 pagi, dengan pasukan terdiri daripada 4 anggota Bomba dan dibantu oleh agensi-agensi lain.

“Penghantaran bantuan selesai pada jam 5 petang. Bomba menggunakan jentera Lori dan Vigo untuk membawa bekalan makanan kepada penduduk yang terkesan,” katanya.

Ketua Balai BBP Pitas, PBK I Kamarudin Sabanah, manakala, mengingatkan orang ramai yang memerlukan bantuan untuk menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan lebih lanjut.