Cedera Lutut Bertembung Di Jalan Lido

Cedera Lutut Bertembung Di Jalan Lido

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Pemandu sebuah kenderaan Perodua Kembara cedera di bahagian lutut setelah bertembung dengan Toyota Corolla di flyover Jalan Lido di sini awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa lelaki insiden kira-kira jam 4 itu dikenal pasti sebagai Arnold Tiwon, 28, manakala pemandu kenderaan Corolla, Hairu Sibi, berumur 33 tahun.

Keadaan kenderaan jenis Perodua Kembara milik pemandu yang cedera di bahagian lutut selepas kejadian itu. – Ihsan foto Bomba Sabah…

Meskipun mengalami remuk teruk pada bahagian hadapan kereta, pemandu Toyota Corolla itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen 1 menaiki Ambulans,” kata Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan.