KM HADIRI MAJLIS TAHLIL SEMPENA HARI JADI KE-69 TYT SABAH

KM HADIRI MAJLIS TAHLIL SEMPENA HARI JADI KE-69 TYT SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor (gambar) menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Haji Juhar Mahiruddin.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.