KUDAT, SABAH – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah mengarah pasukan keselamatan untuk menyiasat secara menyeluruh dakwaan penceroboh bersenjata di Lahad Datu.
Katanya, beliau diberikan taklimat mengenai kes itu oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah baru-baru yang berkata tiada tanda-tanda pencerobohan yang didakwa berlaku.
Sementara itu, Hajiji menggesa rakyat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard SOP memandangkan jangkitan baharu di Sabah melonjak melebihi paras 1,000 kes semalam (Sabtu).
Jumlah kes COVID-19 di Sabah meningkat kepada 1,209 pada hari Sabtu selepas mencatat kurang daripada 500 kes pada Januari.





