
KUDAT, SABAH – Lima orang mangsa banjir di Kampung Tombilidon di Pitas, sini, dipindahkan ke tempat yang selamat oleh pasukan Bomba pada jam 10.30 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata mangsa ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) SK Pekan 2.
“Mereka merupakan penduduk kampung yang terdiri daripada seorang lelaki dan empat perempuan…
“Setakat ini hanya sebuah PPS dibuka,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Operasi pemindahan sedang giat dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu diketuai oleh PPgB Rony Sikawan.
Difahamkan setakat pukul 3 petang tadi panggilan bantuan kecemasan semakin bertambah…
“Pasukan Bomba masih berada di lokasi untuk bersiap sedia mejalankan kerja-kerja memindahkan mangsa,” tambahnya.
Jarak di antara balai dan kawasan terjejas kira-kira 50 kilometer.