PANAS!! FOTO MIRIP DATU AKJAN PENYOKONG KUAT PARTI WARISAN SABAH SUSUN JUTAAN...

PANAS!! FOTO MIRIP DATU AKJAN PENYOKONG KUAT PARTI WARISAN SABAH SUSUN JUTAAN WANG RINGGIT DALAM BEG TULAR DI MEDIA SOSIAL?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – PANAS!!! Sejak malam tadi foto mirip wajah Datu Akjan menyimpan sejumlah wang tunai ke dalam sebuah beg telah tular di laman media sosial Facebook dan dikongsi oleh ramai orang.

Dalam reaksi spontan netizen yang melihat gambar tular itu, mereka turut mempersoalkan dari mana sumber Datu Akjan memperolehi wang sebanyak itu.

Umum mengetahui bahawa Datu Akjan adalah penyokong kuat kepada Datuk Seri Shafie Apdal dan Dato’ Azis Jamman.

Datu Akjan sebelum ini pernah menggemparkan Sabah apabila telah ditabalkan sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, or Sultan Shariful-Hashim II.

Datu Akjan juga dilihat di antara penyokong tegar kepada Parti Warisan Sabah dan kerap kali membuat laporan Polis terhadap individu kononnya yang cuba mempertikaikan peranan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah.

VIDEO Datu Akjan yang turut dikenali sebagai Sultan Sulu telah membuat laporan Polis mempertahankan TYT selepas rakyat Sabah mengadakan Perhimpunan Aman mendesak agar pelantikan Ketua Menteri tidak ditangguhkan selepas PRN ke-16…

Datu Akjan bersama sekumpulan penyokongnya sebelum ini juga pernah menyerang seorang EXCO PEMUDA UMNO Malaysia di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) selepas mengoyak foto Datuk Seri Shafie Apdal dalam tunjuk perasaan aman menentang perlaksanaan PSS semasa PRK (Pilihan Raya Kecil) di Kimanis lalu.

 

 

 

 

 

 

VIDEO Datu Akjan bersama sekumpulan penyokongnya sebelum ini menyerang seorang EXCO PEMUDA UMNO Malaysia di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA)…

Pihak wartawan Sabahnews.com.my akan cuba menghubungi Datu Akjan termasuk Dato’ Azis Jamman dan beberapa orang pemimpin Parti Warisan Sabah bagi meminta reaksi mereka terhadap foto yang telah ditularkan  oleh netizen tersebut.

Dalam pada itu, berikut merupakan komen para netizen terhadap isu foto Datu Akjan yang tular ini yang mana ramai meletakkan kenyataan #pdrm #sprm #lhdn kerana mempersoalkan kewujudan susunan duit yang begitu banyak;