PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 1,123 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 86,715 kes (79.8%).
Namun, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih tinggi dan membimbangkan iaitu sebanyak 1,925 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 108,615 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 21,443 (19.7%) kes.
DARIPADA 1,925 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak 10 Kes import, manakala 1,915 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 117 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 55 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 747 KES dan diikuti KUALA LUMPUR sebanyak 360 KES dan PAHANG sebanyak288 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat DUA (2) kes kematian direkodkan hari ini yang mana masing-masing daripada KELANTAN dan KUALA LUMPUR, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 457 kes (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
