PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah sebanyak 4,521 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 218,335 KES (81.9%).
Namun, meskipun terdapat pengurangan pada jumlah kes harian positif COVID-19, KKM tetap melaporkan memaklumkan kes hari ini masih lagi di paras membimbangkan iaitu sebanyak 2,176 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 266,445 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 47,135 KES.
DARIPADA 2,176 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak satu (1) Kes import, manakala 2,175 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 260 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 112 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR masih menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 910 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 269 KES dan SARAWAK sebanyak 246 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat 10 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 975 KES (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
