COVID-19: Sabah Terus Catat Peningkatan Dengan 2,717 Kes Hari Ini

COVID-19: Sabah Terus Catat Peningkatan Dengan 2,717 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 481 kes berbanding semalam menjadikan angka jangkitan baharu Negeri Sabah berjumlah 2,717 KES.

Bagaimanapun, jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menjelaskan sebahagian besar daripada jumlah kes merupakan kes-kes tertunggak (backlogs) yang baru didaftarkan.

“Sebagai misalanya, 556 kes yang dicatatkan di Kota Kinabalu pada hari ini adalah tunggakan melebihi sembilan (9) hari…

“Apa yang lebih membimbangkan ialah hampir 84 peratus kes baharu di Kota Kinabalu merupakan kes jangkitan sporadik dalam komuniti,” katanya dalam rumusan harian.

Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes empat angka iaitu 1,350 kes pada hari ini yang merupakan hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes baharu negeri Sabah.

“Jangkitan sporadik semakin meninggi, iaitu 71 peratus daripada jumlah jangkitan…

“Peratusan kes bergejala melalui jangkitan sporadik hari ini adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan di Negeri Sabah.

“Atas sebab inilah kita selalu menyeru rakyat agar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa sebagai benteng perlindungan daripada ancaman jangkitan virus,” tambahnya.

Empat (4) kes hari ini berada dalam Kategori 3, tujuh belas (17) dalam Kategori 4 dan enam (6) kes dalam Kategori 5.

Sebanyak 333 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 172 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes semalam.

Kota Kinabalu 1,350 (781)
Penampang 184 (138)
Tuaran 131 (170)
Papar 120 (110)
Keningau 113 (108)
Beaufort 108 (97)
Tawau 84 (103)
Tenom 79 (54)
Kota Belud 79 (113)
Sandakan 64 (75)
Putatan 62 (58)
Lahad Datu 56 (31)
Kota Marudu 44 (64)
Sipitang 39 (46)
Ranau 36 (46)
Kudat 28 (21)
Tambunan 19 (18)
Beluran 19 (25)
Kuala Penyu 16 (49)
Kinabatangan 16 (17)
Pitas 16 (24)
Nabawan 14 (25)
Tongod 14 (17)
Kalabakan 10 (8)
Semporna 7 (8)
Kunak 7 (9)
Telupid 2 (21)