ISTERI KM: PROGRAM JERAYAWARA KELUARGA MALAYSIA BERI BANYAK MAKLUMAT KEPADA RAKYAT

ISTERI KM: PROGRAM JERAYAWARA KELUARGA MALAYSIA BERI BANYAK MAKLUMAT KEPADA RAKYAT

0
SHARE
Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menerima cendera kenangan daripada Penolong Pengarah Kanan LPPKN Sabah, Suszma Khairitszi Mamat sempena Majlis Perasmian Program Jerayawara Keluarga Malaysia Keluarga@Kerja di Dewan Serbaguna Balai Polis Tuaran pada Khamis...

TUARAN, SABAH – Rakyat di negeri ini khususnya ibu-ibu dan suri rumah perlu mengambil peluang untuk hadir Program Jerayawara Keluarga Malaysia: Keluarga@Kerja bagi menambah pengetahuan berkaitan institusi kekeluargaan dan penjagaan kesihatan.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag berkata, program yang bermula di Tuaran hari ini, adalah titik permulaan kepada siri penjelajahan program tersebut ke seluruh negeri mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dipilih.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), berkata program itu memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama wanita, khususnya dalam aspek pembangunan dan pengukuhan institusi kekeluargaan serta kesihatan.


Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sempena Majlis Perasmian Program Jerayawara Keluarga Malaysia: Keluarga@Kerja…

“Sehubungan itu, saya berharap lebih ramai wanita khususnya ibu-ibu, suri rumah dan wanita yang bekerja untuk meluangkan masa hadir dalam program seperti ini yang turut diadakan di beberapa kawasan lain.

“Program seperti ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu wanita lebih peka dengan penjagaan kesihatan diri…

“Saya juga meminta semua yang hadir pada hari ini agar mengambil peluang bukan saja menimba pengetahuan baharuberkaitan institusi kekeluargaan tetapi juga mendapatkan nasihat kesihatan yang berkaitan.

“Pesan saya, kita perlu menjadi wanita yang sentiasa menjaga kesihatan keranakita adalah orang penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan,” katanya ketika merasmikan program itu di sini tadi.

Program itu kerjasama antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan KeluargaNegara (LPPKN) Sabah Mutiara GRS.

Juliah berkata, selain daripada program pendidikan kekeluargaan, Perkhidmatan Keluarga Bergerak (PKB) LPPKN turut disediakan antaranya bagi memberikan khidmat nasihat klinikal, saringan pemeriksaan kesihatan dan pendaftaran mamogram secara percuma kepada wanita yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

“Saya yakin dengan perlaksanaan program Jerayawara ini, peserta akan mendapat manfaat dalam aspek kesihatan selain kekeluargaan termasuk bantuan subsidi yang disediakan kerajaan,” katanya.