KOTA KINABALU, SABAH – Kekurangan bekalan paracetamol di Sabah baru-baru ini terjadi disebabkan pembelian panik pada kemuncak gelombang Omicron.
Namun Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, bekalan ubat-ubatan itu kini sudah kembali stabil.
“Dalam dua minggu lalu memang kita ada mengalami situasi di mana jenama Panadol itu agak laris di pasaran…
“Bekalan paracetamol masih boleh didapati di farmasi atau kedai serbaneka di negeri ini,” katanya.
Katanya ubat itu masih boleh didapati pada hampir semua farmasi di bawah nama generik paracetamol.
Beliau berkata demikian katanya kepada media selepas meninjau PICKids di Sekolah Kebangsaan (SK) Contoh, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shahelmey berkata pencapaian 51,000 kanak-kanak yang divaksin setakat ini masih ada ruang penambahan.
“Kita menyasarkan 50 peratus daripada jumlah 411,000 populasi kanak-kanak dalam lingkungan umur lima hingga 11 tahun menerima vaksin sehingga menjelang sesi persekolahan hujung bulan ini,” tambah beliau





