Doktor, Jururawat Cedera Ambulans Terbalik di Sepanggar

Doktor, Jururawat Cedera Ambulans Terbalik di Sepanggar

0
SHARE

KOTA KINABALU: Dua kakitangan kesihatan cedera ringan selepas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Bulatan Melawa, Jalan Salut Commercial Centre awal pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.55 pagi ketika ambulans tersebut dipercayai dalam perjalanan menjalankan tugasan. 

Seramai tiga individu berada dalam kenderaan tersebut termasuk seorang doktor lelaki, seorang jururawat wanita, dan pemandu ambulans berusia 38 tahun.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, dua mangsa iaitu doktor dan jururawat mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Lintas tiba di lokasi pada jam 2.16 pagi segera memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum mereka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I menggunakan unit EMRS untuk rawatan lanjut.