Dua kluster Baharu Dikesan, Trend Peningkatan Kes COVID-19 Sabah Berterusan

Dua kluster Baharu Dikesan, Trend Peningkatan Kes COVID-19 Sabah Berterusan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Trend peningkatan kes COVID-19 berterusan di Sabah dengan penambahan 16 kes berbading kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 358 kes hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata dengan itu, DUA (2) kluster baharu jenis tempat kerja dan lagi institusi pendidikan diisytiharkan.

“Indeks kes Kluster Persiaran Palma di Papar berumur 38 tahun dan bekerja di Bahagian Pentadbiran Kem PGA Kinarut Papar…

“Beliau bergejala pada Ahad dan kemudiannya menjalani saringan kendiri sebelum disahkan positif di Pejabat Kesihatan Papar.

“Saringan terhadap rakan sekerja dan ahli keluarga telah dijalankan dan setakat ini jumlah kumulatif pesakit bagi kluster ini ialah 24 orang termasuk enam kes baharu.

“Punca jangkitan kemungkinan besar berlaku semasa majlis hari jadi salah seorang kakitangan di pejabat pada Isnin lepas. Kluster ini dikesan di Papar tetapi melibatkan juga mereka yang tinggal di Tuaran dan Penampang,” katanya.

Mengulas lanjut tentang kluster kedua di Kota Belud, Masidi berkata Kluster Batu 24 Nabalu melibatkan pelajar dan guru SK Dallas serta ahli keluarga mereka yang tinggal ditempat lain.

“Indeks kes adalah seorang wanita dan ibu saudara salah seorang murid. Saringan kontak rapat kemudiannya dilakukan dan mendapati tiga pelajar SK Dallas adalah positif…

“Saringan selanjutnya telah dibuat keatas guru-guru dan rakan sekelas pelajar terbabit dan mendapati lebih ramai yang telah dijangkiti iaitu 22 orang setakat ini,” katanya.

Beliau berkata kesemua pesakit bagi kedua-dua kluster telah diasingkan dan dirawat sewajarnya.

Katanya peratusan kes baharu yang datang daripada kluster-kluster yang aktif naik kepada 13 peratus ataupun 47 kes hari ini.

“Angka-angka ini datang daripada kluster yang aktif dengan dua (2) daripadanya adalah daripada kluster baharu hari ini,” jelasnya.

Hanya satu pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 3 manakala masing-masing dua (2) pesakit dalam Kategori 4 dan 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (28 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 66 (60)
Sandakan – 41 (40)
Tuaran – 39 (33)
Penampang – 32 (19)
Beaufort – 27 (34)
Tawau – 24 (19)
Papar – 22 (18)
Putatan – 20 (24)
Kota Marudu – 19 (34)
Kota Belud – 17 (6)
Ranau – 13 (10)
Tambunan – 8 (2)
Kinabatangan – 7 (3)
Lahad Datu – 6 (8)
Kudat – 6 (2)
Kunak – 4 (4)
Keningau – 3 (13)
Semporna – 2 (0)
Telupid – 2 (0)
Kuala Penyu – 0 (0)
Beluran – 0 (2)
Nabawan – 0 (0)
Sipitang – 0 (7)
Pitas – 0 (0)
Tenom – 0 (3)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)