Fairuz Terima Kunjungan Ahli Majlis Daerah Kota Belud

Fairuz Terima Kunjungan Ahli Majlis Daerah Kota Belud

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan menerima kunjungan hormat daripada rombongan Ahli-Ahli Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) di pejabatnya di Kementerian Kewangan Negeri, Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Rombongan MDKB diketuai oleh Timbalan Pengerusi MDKB, Khalid Datuk Jikal.

Kunjungan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan diantara Ahli-ahli Majlis Daerah bersama Fairuz yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah.

Selain itu, kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu berkenaan Kota Belud terutamanya melibatkan kawasan perkadaran majlis.