Wanita Patah Kaki Selepas Kenderaan Bertembung di Jalan Tawau-Semporna

Wanita Patah Kaki Selepas Kenderaan Bertembung di Jalan Tawau-Semporna

0
SHARE
Keadaan remuk pada bahagian hadapan kenderaan Nissan Almera...

TAWAU, SABAH – Seorang wanita mengalami patah kaki selepas pertembungan dua kenderaan di Jalan Tawau-Semporna berhampiran kawasan Sungai Burung di sini.

Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berjarak kira-kira 60 Km dari balai pada pukul 1.06 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba Tawau, PPgB Mazlan Sarman berkata, kemalangan melibatkan kenderaan jenis Nissan Almera dan Toyota Vigo.

“Pasukan bomba bertindak membebaskan pemandu Almera tersepit, Rubiah Mukhtar, 34 tahun, yang didapati patah kaki di sebelah kanan…

Pasukan bomba mengusung mangsa wanita yang patah kaki…

“Pasukan EMRS membuat rawatan awal dengan memasangkan alat ‘cervical collar’ ke atas mangsa dan seterusnya menghantar beliau ke hospital,” katanya.

Mazlan berkata operasi tamat pada jam 2.01 petang setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain pada lokasi.