TAWAU, SABAH – Seorang pemandu lori warga emas patah tangan dan kaki selepas kenderaan 3 tan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Checkpoint Jalan Semporna – Tawau semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 8.28 malam.
“Mangsa lelaki, Wong Soon Fatt, 73, yang tersepit dalam lori 3 tan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba…
“Beliau diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke Hospital Tawau menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.





