Penyiasat Berjaya Kesan Pencuri Melalui Ujian Sampel DNA Nyamuk

Penyiasat Berjaya Kesan Pencuri Melalui Ujian Sampel DNA Nyamuk

0
SHARE

FUJIAN, CHINA Satu kaedah yang begitu luar biasa digunakan oleh sekumpulan pasukan penyiasat membuahkan hasil dalam pencarian dan mengenal pasti suspek terlibat dalam kes kecurian di kediaman di Fujian, China.

Memetik sumber The Global Times, semasa polis memeriksa tempat kejadian, mereka percaya suspek mungkin bermalam di kediaman jenis apartmen itu selepas mereka menjumpai sekeping ubat nyamuk yang digunakan untuk menghalau serangga tersebut.

Mereka turut menjumpai seekor nyamuk yang sudah mati dibunuh di tepi dinding.

Penyiasat kemudiannya mengambil sampel DNA daripada bangkai dan darah nyamuk tersebut. hasil daripada sampel dna itu membolehkan mereka berjaya mengesan suspek yang terlibat dalam kes kecurian terbabit.

Menurut hasil analisis sampel DNA, ia menunjukkan darah itu milik seorang individu bernama Chai yang ternyata mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan suspek telah ditahan atas dakwaan pecah rumah itu dan beberapa kesalahan lain.