Kaji Dahulu Sebelum Umum Projek Berbilion Ringgit – Masidi

Kaji Dahulu Sebelum Umum Projek Berbilion Ringgit – Masidi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberi amaran supaya tidak mengeluarkan kenyataan terburu-buru mengenai projek mega bilion melibatkan kerajaan negeri sebelum melakukan sebarang penilaian asas.

Masidi berkata ini hanya akan menjadikan kerajaan sebagai bahan jenaka apabila rakyat lebih prihatin terhadap isu-isu berkaitan bekalan air yang stabil dan jalan raya yang boleh dipandu.

“Kami mengalu-alukan pelabur dan projek asing tetapi kami mahu ia realistik untuk mengelak daripada dilihat sebagai orang yang mudah terpedaya dengan janji pelaburan namun mustahil untuk dilaksanakan. Ini akan mencerminkan integriti dan kredibiliti kerajaan negeri.

“Kita tidak boleh menghalang orang ramai daripada membuat pengumuman ini tetapi apabila terdapat percubaan untuk melibatkan nama kerajaan negeri maka kajian kebolehlaksanaan harus dilakukan terlebih dahulu.

“Umumkannya apabila ia boleh dilakukan. Sabah hanya mempunyai 3.9 juta penduduk dan apabila pihak tertentu mengumumkan projek melibatkan 20,000 hektar tanah, siapa yang akan membelinya?” katanya.

Katanya pengumuman projek secara tidak bertanggungjawab seperti yang diumumkan baru-baru ini yang melibatkan RM20 bilion, katanya, secara tidak langsung, akan menyebabkan orang ramai melabel kerajaan sebagai gagal.

“Apatah lagi menjadi marah kerana memikirkan mereka tidak menggunakan kemudahan asas yang tidak mencukupi,” tambahnya.

Masidi menasihatkan bahawa cadangan terbabit hendaklah terlebih dahulu melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kemudian kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri dan cabang pelaburan negeri yang berkaitan.

“Kami hanya mahu bekerjasama dengan pelabur yang boleh dipercayai dan tulen,” katanya.