Tujuh Gitaris Bakal Tampil Dalam Konsert Tujuh Vibrato Gitar

Tujuh Gitaris Bakal Tampil Dalam Konsert Tujuh Vibrato Gitar

0
SHARE
Gitar
Poster konsert Tujuh Vibrato Gitar

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh orang gitaris bakal ditampilkan dalam konsert Tujuh Vibrato Gitar yang akan diadakan bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November ini.

Antara tujuh orang gitaris terbabit adalah Branko, Kidd Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, Muzza dan Anis Kalisa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, mereka akan diiringi oleh para pemuzik profesional sebagai ‘house band’ iaitu Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboard) dan Ainoll (drum).

“Manakala para penyanyi latar profesional bagi mewarnai vokal adalah Izzat dan Baby. Tujuh Vibrato Gitar akan menampilkan tiga orang penyanyi berkarisma sebagai vokalis utama.

“Mereka akan mempersembahkan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat berkaitan dengan tujuh orang gitaris tersebut.

“Ia akan menjadi sebuah persembahan yang padat, dinamik, unik danmemberi kepuasan yang tidak dapat diperolehi dari mana mana persembahan sebelum ini.

“Tujuh Vibrato Gitar akan dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment Channel sebagai Penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai Penganjur Bersama. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.tix-box.com,” jelas dalam kenyataan media terbabit.