KOTA KINABALU, SABAH – Penyanyi yang satu ketika dahulu pernah tular mempunyai wajah dan suara yang menyerupai seniman agung P Ramlee, Fairuz Misran telah menghembuskan nafas terakhir, hari ini.
Berita terbabit disahkan oleh abang kepada Fairuz, Ruzaidi Misran menerusi satu pautan yang dimuat naik dalam laman media sosial Facebook beliau.
“Innalillahiwainnahirojiun. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.
“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Al -Fatihah buat Allahyarham.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah,” jelas dalam pautan yang dimuat naik itu.






