LEBIH 20,000 HADIR MAJLIS RUMAH TERBUKA KERAJAAN NEGERI

LEBIH 20,000 HADIR MAJLIS RUMAH TERBUKA KERAJAAN NEGERI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama barisan jemaah menteri negeri menyantuni dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun 2024M/1445H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) - ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun 2024M/1445H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.

Majlis tahunan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag sejurus tiba di SICC pada pukul 10.15 pagi, turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 orang asnaf.

Beliau kemudiannya diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri, Datuk Shahelmey Yahya bersama barisan jemaah menteri negeri meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan pelbagai lapisan rakyat yang hadir pada rumah terbuka itu.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan kenamaan yang lain.

Tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada artis tempatan Sabah.