10,000 Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri

10,000 Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri

0
SHARE
Hajiji
Hajiji ketika ditemui media ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

TUARAN, SABAH – Kira-kira 10,000 orang memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 anjuran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Sulaman tersebut juga dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Kadzim Yahya, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya serta isteri masing-masing.

Selain jemaah kabinet negeri, wakil-wakil rakyat, para ketua jabatan negeri dan persekutuan serta pemimpin daerah turut sama meraikan sambutan Aidilfitri yang berlangsung 10 pagi sehingga 2.00 petang, pada Sabtu.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan Sabah dan penampilan istimewa oleh Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah. — JABATAN PENERANGAN SABAH