Pengagihan Vaksin CanSino Ke Pulau Mabul Melibatkan 2,000 Dos

Pengagihan Vaksin CanSino Ke Pulau Mabul Melibatkan 2,000 Dos

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Aktiviti pemberian vaksin CanSino diteruskan kepada penduduk di Pulau Mabul yang akan dijalankan selama dua hari, bermula hari ini (3 Sept).

Pemberian vaksin dos tunggal itu membabitkan 1,000 dos pada hari ini dan 1,000 dos lagi pada esok (4 Sept), manakala 500 dos lagi di Nabawan.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapannya di Twitter, hari ini.

“Petugas kesihatan diiringi anggota polis bersedia ke Pulau Mabul, Sabah hari ini untuk pemberian vaksin satu dos, CanSino, bagi meningkatkan liputan imunisasi dalam usaha Malaysia melangkah ke fasa endemik,” katanya.

Petugas kesihatan diiringi anggota Polis ke Pulau Mabul untuk pemberian dan pengagihan vaksin tunggal Cansino…

Sebelum ini, vaksin CanSino diagihkan ke Pulau Sebatik membabitkan 2,400 dos, dan 1,200 dos lagi di pedalaman Kinabatangan, pada 29 serta 30 Ogos lalu.