KOTA KINABALU, SABAH – Seorang warga emas ditemui meninggal dunia selepas pintu bilik sewa beliau di Gaya Street sini dipecahkan tadi.
Kejadian 6.40 petang itu melihat mangsa, Tan Chow Kee, 66, dalam keadaan terbaring atas sebuah tilam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata lokasi kejadian di belakang kedai Pizza Hut.
“Pasukan Bomba daripada balai Kota Kinabalu bertindak membuka pintu terkunci menggunakan peralatan khas.