Hanya Separuh Badan Mangsa Buaya Ditemui

Hanya Separuh Badan Mangsa Buaya Ditemui

0
SHARE

KINABATANGAN, SABAH – Seorang lelaki di Ladang Lamag maut selepas menjadi mangsa serangan seekor buaya di sini pagi tadi.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Abdul Kadir, dikatakan dibaham ketika cuba menyeberangi Sungai Pin melalui jambatan kayu.

Hanya separuh badan beliau dapat ditemui pasukan penyelamat…

“Pasukan Bomba Kinabatangan melakukan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 petang.

“Separuh badan mangsa (bahagian atas) ditemui dan diserahkan kepada Pihak Polis,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 5.10 petang.