JENTERA WARISAN SEMAKIN GILA FITNAH KETUA MENTERI SABAH, PDRM DAN SKMM MOHON...

JENTERA WARISAN SEMAKIN GILA FITNAH KETUA MENTERI SABAH, PDRM DAN SKMM MOHON SEGERA AMBIL TINDAKAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mutakhir ini jentera Parti Warisan Sabah dilihat ‘SEMAKIN GILA’ dengan menabur FITNAH bukan sahaja ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tetapi juga kepada beberapa pemimpin utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di antaranya Dato’ Sri Bung Moktar termasuk Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam satu kenyataan hari ini berkata: “kami cukup yakin kesemua mereka adalah jentera Parti Warisan yang berkemungkinan diupah, berdasarkan paparan di dalam akaun Facebook kerap memuat naik aktiviti Datuk Seri Shafie Apdal termasuk beberapa orang pemimpin Warisan”.

“Sebelum ini individu menggunakan nama ‘Yati Meow’ turut menyebarkan fitnah dengan menamakan Hajiji sebagai Bapa Covid Sabah.”

Penama ‘Yati Meow’ adalah penyokong tegar Parti Warisan Sabah dan menyebarkan fitnah melalui kumpulan WhatsApp.

FITNAH yang dilakukan oleh penama Facebook ‘Yati Meow’ dengan menggelar dan melabelkan Ketua Menteri Sabah sebagai ‘Bapa COVID-19’…

Kelmarin, Hajiji sekali lagi difitnah kononnya mencampuri pelantikan penjawat awam Persekutuan yang bertugas di Sabah.

Pengguna Facebook bernama ‘Saripuddin Husin’ telah menulis artikel fitnah menuduh Hajiji mencampuri pelantikan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah iaitu Puan Rafidah binti Datu Derin, sedangkan fakta yang benar mengatakan pelantikan penjawat awam Persekutuan di Sabah adalah di bawah bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Modus operandi mereka amat mudah, ada kemungkinan individu-individu ini bergerak secara berkumpulan, cipta akaun Facebook palsu kemudian menyebarkan fitnah melalui group-group Facebook termasuk WhatsApp…

“Apabila fitnah yang mereka sebarkan telah mula tular mereka akan segera padam akaun Facebook mereka”.

Penama Facebook ‘Rina Timberland’ seorang jentera berbayar Parti Warisan turut menyebarkan fitnah yang dibuat oleh ‘Saripuddin Husin’…

Sebagai contoh, pengguna Facebook ‘Saripuddin Husin’ sebelum ini menggunakan foto seorang artis dan dipercayai telah memadam akaun Facebook tersebut.

Penama Facebook ‘Saripuddin Husin’ membuat fitnah ke atas Ketua Menteri Sabah dengan menggunakan akaun palsu sebelum ini.Akaun ini juga telah dinyah aktifkan…

“Sebelum ini, Ismaily Bungsu salah seorang pemimpin kepercayaan Datuk Seri Shafie Apdal sendiri mengakui mempunyai 10 telefon dengan 15 sim kad dan 500 group Facebook…

“Secara logiknya untuk apa guna sehingga 15 sim kad. Ini sudah tentu digunakan untuk membuat akaun Facebook yang berkemungkinan palsu untuk menyebar perkara yang tidak baik,” tambah BEBAS.

Sumber foto dipetik daripada tangkap layar (screenshot) laman media sosial Facebokk ‘Datuk Ismaily Bungsu’…

BEBAS berkata lagi; “Oleh sebab itu kami merayu agar pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan SKMM dapat bekerjasama untuk menangkap mereka yang menyebarkan FITNAH dan berita palsu ke atas Ketua Menteri Sabah termasuk beberapa orang pemimpin utama GRS

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Individu yang sengaja menabur fitnah boleh didakwa di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) seksyen 499-502, Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda.

“Termasuk Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun.

“Hasil pemantauan kami mereka bergerak secara aktif ketika ini.”

Jentera Parti Warisan Sabah telah lupa bahawa semasa Shafie Apdal menjawat jawatan Ketua Menteri sistem urus tadbir Kerajaan Negeri Sabah telah dirosakkan dengan begitu teruk.

Sebagai contoh seorang ‘tauke balak’ telah dilantik menjadi Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Shafie Apdal melantik seorang yang dipercayai ‘Tauke Balak’ Datuk Hu Chang Lik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada 29 Ogos 2018…

Pengarah Jabatan Air Sabah dilantik dari kalangan orang awam yang mana hanya kerana mempunyai hubungan baik dengan Shafie Apdal.

Amarjit Singh…

Dalam pada itu, satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Penampang terhadap pemilik akaun Facebook ‘Saripuddin Husin’ oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan Labuan (PPTD SL) menafikan bantahan perlantikan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah yang baru, Rafidah Datu Derin.

 

Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Penampang terhadap pemilik akaun Facebook ‘Saripuddin Husin’ oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan Labuan (PPTD SL)…

Pemilik akaun Facebook ‘Saripuddin Husin’ menulis artikel fitnah menuduh Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan Labuan (PPTD SL) membantah perlantikan tersebut