KOTA KINABALU, SABAH – Selepas baru beberapa hari melihat penurunan kes, jumlah harian baharu positif COVID-19 baharu bagi Sabah naik 75 (kes) hari ini.
Jurucakap harian COVID-19 negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata seluruh negeri mencatat 2,404 kes baharu.
“Kes di daerah Kota Kinabalu turun (71 kes) dan juga di daerah Penampang, tetapi kes di Tuaran naik agak tinggi daripada 149 kelmarin kepada 232 hari ini, iaitu kenaikan 83 kes…
“Sebanyak 1,371 kes dari jumlah kumulatif hari ini merupakan kes daftar lewat antara dua hingga lima hari.
“Saringan kalangan kontak rapat menjadi penyumbang utama keseluruhan kes dengan 57.9 peratus atau 1393 kes.
“Seramai 1546 orang pesakit adalah dalam Kategori 2, 719 lagi dalam Kategori 1 dan 11 orang berada dalam Kategori 5. Sebanyak 107 kes lagi masih dalam siasatan,” jelas beliau dalam rumusan kes harian.
Seramai 27 orang pesakit adalah bayi di bawah umur satu (1) tahun, sejumlah 183 lagi berumur antara satu (1) hingga lima (5) tahun dan sebanyak 455 berumur antara enam (6) hingga 17 tahun.
“Setakat semalam 41 peratus penduduk dewasa Sabah telahpun melengkapkan pengambilan vaksin sementara 60.5 peratus telah memperolehi sekurang-kurangnya satu dos,” katanya.
Dalam pada itu, 19,378 kes dicatat seluruh negara pada hari ini (2 September) menunjukkan Sabah menjadi negeri KETIGA TERTINGGI di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 3,613 kes baharu positif COVID-19 dan Sarawak (2,464 Kes).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (03 September) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 387 (458)
Sandakan – 256 (281)
Penampang – 173 (181)
Papar – 167 (168)
Tuaran – 232 (149)
Tawau – 164 (127)
Keningau – 100 (115)
Kota Marudu – 91 (106)
Kota Belud – 63 (82)
Lahad Datu – 110 (71)
Ranau – 76 (68)
Pitas – 66 (67)
Putatan – 130 (67)
Kinabatangan – 42 (58)
Kudat – 34 (44)
Beaufort – 24 (43)
Kunak – 21 (42)
Sipitang – 45 (41)
Beluran – 16 (34)
Tenom – 50 (34)
Tongod – 21 (27)
Nabawan – 18 (26)
Semporna – 11 (10)
Kuala Penyu – 6 (9)
Telupid – 82 (8)
Tambunan – 6 (7)
Kalabakan – 13 (6)