3 Rumah Musnah Dijilat Api, Dalam Insiden Kebakaran 5 Buah Rumah Di...

3 Rumah Musnah Dijilat Api, Dalam Insiden Kebakaran 5 Buah Rumah Di Membakut 

0
SHARE

MEMBAKUT: Sebanyak tiga buah rumah dilaporkan musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran melibatkan lima buah rumah di Jalan Kampung Jambatan Baru pagi tadi.

Manakala, dua buah rumah lagi dilaporkan berjaya diselamatkan dan hanya terbakar 20 peratus. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 4.40 pagi.

“Seramai lapan anggota pasukan bomba dari BBP Beaufort dengan bantuan lima anggota dari BBP Kimanis telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 18.5 kilometer.

“Tiga buah rumah jenis separuh kekal telah terbakar 100 peratus manakala dua buah rumah jenis kekal dan separuh kekal apinya berjaya dikawal dan dipadamkan di mana kebakaran hanya berlaku sebanyak 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambahnya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran, 200 kaki dan empat pancutan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud di lokasi kejadian, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.41 pagi.