Gelar Sufi ‘Malin Kundang’, Ibunya Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka

Gelar Sufi ‘Malin Kundang’, Ibunya Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka

0
SHARE

Irma Suriana Mahamud, ibu kepada juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid menegaskan bahawa dia akan membuat tindakan mahkamah sekiranya Sufi tidak membuat permohonan maaf kepadanya secara terbuka.

Memetik kenyataan akhbar Harian Ekspres, ibu Sufi berkata “apa yang boleh saya katakan, saya mahu permohonan maaf secara terbuka daripada Sufi kerana membuat tuduhan palsu terhadap saya kepada adik-beradik saya yang digunakan sebagai ‘senjata’.

Respon Sufi sebelum ini yang mengatakan bahawa dia ingin menyelesaikan pertelingkahan antara dia dan ibunya dan juga mendakwa ibunya membuat satu pembohongan sehingga membuat orang disekeliling menganggap Irma yang bersalah dalam perkara tersebut.

“Kenapa berbohong pada masyarakat kononnya dia sayangkan emak, doakan emak? Hakikatnya semua itu bohong dan dia hanya gunakan kata-kata manis untuk menagih simpati agar peminat terus menyokongnya.

“Tuduhan itu membuatkan orang sekeliling menganggap saya yang bersalah. Jika dia (Sufi) enggan, segala kebenaran akan didedahkan di mahkamah dan ini akan menjejaskan karier serta kepercayaan orang terhadapnya,” kata Irma.

Irma memberi komen berkenaan sebagai respon kepada kenyataan Sufi yang ingin menyelesaikan pergaduhan di antara mereka selepas dia meluakan rasa kecewa dengan anaknya itu menerusi laman media sosial Facebook.

Enggan mempericikan apa sebenar masalah yang berlaku di antara mereka, Irma sebaliknya menganggap kenyataan Sufi yang menyelesaikan kemelut itu sebagai pembohongan.

Dalam entri dibuat oleh Irma pada Jumaat lalu, dia melabelkan Sufi sebagai ‘Malin Kundang’ dan merasakan dirinya umpama kain buruk.

“Saya sayang semua anak-anak saya, tetapi kenapa bila dia dah berjaya, bila ramai disekelilingnya, saya adalah orang pertama dia padam daripada hidupnya?

“Dia sanggup sediakan tempat berteduh untuk orang lain sedangkan dia tahu saya hampir-hampir kehilangan tempat tinggal sebelum ini.

“Dia potong talian telefon saya, ganti kata laluan wifi di rumah dan sekat nombor saya dari telefon adiknya agar saya tidak dapat menghubunginya jika berlaku kecemasan.

“Saya sembunyikan penyakit saya apabila doktor mengesahkan saya mempunyai masalah buah pinggang tahap tiga. Apakah ini yang dia kata dia sayangkan emaknya?” luah Irma lagi.

Sementara itu, Irma berkata, apa dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menyedarkan Sufi kerana tidak mahu lihat anaknya itu terus tenggelam dan hanyut.

“Saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya kerana tiada ibu di dunia ini mahu melihat anak-anaknya susah kerana saya sudah melalui kehidupan daif membesarkan tiga cahaya mata bersendirian.

“Semoga Allah selubungkan nya dengan hidayah,” ujarnya.