Pembantu Ahli Politik DAP Direman Berkaitan Serangan Seksual

Pembantu Ahli Politik DAP Direman Berkaitan Serangan Seksual

0
SHARE

GEORGE TOWN, PULAU PINANG – Polis telah menahan reman selama 2 hari mulai kelmarin seorang pembantu kepada seorang Adun DAP atas dakwaan serangan seksual terhadap seorang pelayan wanita berusia 21 tahun, Khamis lepas.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar mengesahkan lelaki itu telah  menyerah diri.

Dalam pada itu, OCDP George Town ACP Anuar Omar mengesahkan bahawa lelaki yang direman itu akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Menurut laporan polis pelayan itu mendakwa lelaki itu dalam keadaan mabuk membawanya ke tempat letak kereta, mencabulnya dan minta wanita itu melakukan seks oral.

Wanita itu mendakwa menolak ajakan lelaki itu tetapi gagal menghalangnya. Lelaki itu kemudian beronani dan memancutkan mani pada wanita itu yang sedang menangis.

Lelaki itu kemudiannya menawarkan RM500 hingga RM700 kepada wanita itu untuk “bermalam” dengannya. Beliau enggan dan minta dilepaskan.

Beliau kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai pada keesokan hari.