Enam Kereta Dihempap Siling Stesen Minyak Runtuh

Enam Kereta Dihempap Siling Stesen Minyak Runtuh

0
SHARE

KINABATANGAN: Enam kenderaan dilaporkan dihempap siling Stesen Minyak Petronas yang runtuh dalam kejadian di Batu 8 Bukit Garam petang tadi.

Turut difahamkan kejadian runtuhan itu berlaku selepas hujan lebat dan angin kencang. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jalalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.47 petang.

“Berlaku runtuhan pada siling stesen minyak Petronas lalu menghempap enam buah kenderaan jenis Perodua Alza, Perodua Myvi, Toyota Vigo, Proton Exora, Proton X70 dan Isuzi D-Max. 

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, pasukan Bomba seterusnya bertindak mengalihkan runtuhan siling ke tempat selamat.

Pemeriksaan dijalankan untuk memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 6.59 petang.