KERAJAAN NEGERI UCAP TAKZIAH KEPADA PENGANUT KATOLIK ATAS PEMERGIAN POPE FRANCIS

KERAJAAN NEGERI UCAP TAKZIAH KEPADA PENGANUT KATOLIK ATAS PEMERGIAN POPE FRANCIS

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pemergian Pope Francis merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada penganut Katolik di Malaysia, malah di seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Dunia berkabung atas pemergian seorang pemimpin rohani yang benar-benar mulia, dikenali kerana sifat rendah diri, belas kasihan dan kebijaksanaannya.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Sabah, saya merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada semua penganut Katolik dalam saat-saat duka ini,” katanya.

Pope Francis meninggal dunia pada Isnin pada usia 88 tahun.

Keadaan kesihatan pemimpin Gereja Katolik dan Kota Vatican itu sebelum ini dilaporkan semakin kritikal selepas mengalami beberapa komplikasi kesihatan termasuk radang paru-paru atau pneumonia.

Beliau dimasukkan ke hospital Gemelli, Rom pada 14 Februari lalu selepas mengalami kesukaran bernafas selama beberapa hari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru di kedua-dua belah paru-parunya.

Pope Francis menjadi pemimpin tertinggi Gereja Katolik pada Mac 2013 dan memimpin 1.3 bilion penganut Roman Katolik di seluruh dunia.