KOTA KINABALU: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah bersetuju melantik barisan kepimpinan baharu Badan Perhubungan UMNO Sabah selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO.
Pelantikan itu melibatkan:
• Pengerusi: YB Datuk Jafry bin Ariffin
• Timbalan Pengerusi: Datuk Haji Mohd Hasnol bin Haji Ayub
• Setiausaha: Tuan Haji Samasuddin bin Yusop
Jelas Dr Asyraf menerusi kenyataan media, pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.
“UMNO menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan UMNO dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendukung kerajaan Negeri Sabah,” katanya.






