Kerajaan Negeri Benarkan Restoran Letak Meja Di Ruang Legar Dan Kaki Lima

Kerajaan Negeri Benarkan Restoran Letak Meja Di Ruang Legar Dan Kaki Lima

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Premis-premis restoran mendapat kebenaran Kerajaan Negeri untuk meletakkan meja di ruang legar dan kaki lima kedai.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ini kerana melihat Sabah telah mencapai nilai ambang vaksinasi penuh melebih 40 peratus (40%) populasi dewasanya pada 31 Ogos lalu.

“Tapi dengan syarat pemilik premis sudah menyewa tapak tersebut daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuatkuasa,” jelasnya semalam.

Dalam pada itu, Kluster Sawit Kinabatangan 2 di Sukau, Kinabatanga yang dikesan kelmarin, berpunca dari pekerja ladang 19 tahun.

“Lelaki warga Indonesia terbabit bergejala sejak 18 Ogos dan disahkan positif pada 23 Ogos…

“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 123 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan juga positif COVID-19,” katanya.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan 38 kematian dari 13 buah daerah semasa Sabah mencatat 2,430 kes baharu semalam (1 Sept).

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 01 September 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)