China Diberi Penghargaan Dan Pujian Atas Usaha Capai Kejayaaan Perangi COVID-19

China Diberi Penghargaan Dan Pujian Atas Usaha Capai Kejayaaan Perangi COVID-19

0
SHARE

BEIJING, CHINA – Negara Zimbabwe memberi penghargaan kepada China dengan memuji negara itu atas usaha sehingga mencapai kejayaan memerangi penularan COVID-19.

Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Antarabangsa Zimbabwe, Frederick Shava menyifatkan usaha China dalam mengatasi pandemik itu sebagai amat impresif.

“Petugas perubatan di China berlumba dengan masa berjuang di barisan hadapan (frontliners) sejak wabak mula merebak…

“Langkah pencegahan dan kawalan diambil negara itu tepat pada masanya, hingga berjaya membendung wabak daripada merebak.

“China juga mengekalkan kerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membantu pelbagai negara memperoleh pengetahuan sains mengenai virus itu, dan menyumbang kepada pembendungan wabak di peringkat global,” kata Shava menerusi satu kenyataan pada Selasa baru-baru ini.

Petugas barisan hadapan perubatan di China berlumba dengan masa berjuang sebagai barisan hadapan (frontliners) sejak wabak COVID-19 mula menular…(Sumber Foto: Reuters)

Beliau turut menggesa semua pihak menghormati ilmu sains ketika ini yang mana mereka sedang gigih dan berusaha melakukan siasatan terhadap punca virus COVID-19 itu.

“Sinergi masyarakat antarabangsa untuk menangani pandemik juga memainkan peranan penting,” katanya lagi.