KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah kembali meningkat secara mendadak dengan pertambahan 181 kes daripada keseluruhan 364 kes kelmarin kepada 545 KES hari ini.
Jurucakap perkembangan hal berkait COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata peningkatan kes hari ini didorong faktor pertambahan banyak kes baharu yang banyak di lapan (8) daerah.
Daerah ini termasuk Beaufort +55 kes, Kota Marudu +40 kes, Ranau +29 kes, Sipitang +17 kes, Lahad Datu +15 kes, Kudat +14 kes, Pitas +12 kes dan Tambunan +10 kes.
Sementara itu, daerah Semporna terus mencatat sifar (0) kes.
“Kes berpunca daripada Saringan Bergejala yang sinonim dengan kes sporadik dan masih agak tinggi iaitu 205 kes atau 37 peratus (37.61%),” katanya.
Beliau mengulangi nasihat kepada penduduk negeri agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, kes sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi SOP dan peralihan Sabah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sedikit sebanyak akan mengakibatkan risiko jangkitan virus yang lebih tinggi.
“Namun jumlah pesakit dalam kategori serius yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah…
“Hari ini cuma ada tiga (3) orang pesakit dalam Kategori 3, empat (4) pesakit dalam Kategori 4 dan satu (1) orang pesakit dalam Kategori 5,” katanya.
Masidi mejelaskan sejumlah 532 kes atau 97 peratus (97.61%) daripada keseluruhan kes hari ini adalah dalam Kategori 1 (44 kes) dan Kategori 2 (488 kes).
Dalam pada itu, lima (5) kes masih dalam siastan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (09 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Beaufort – 69 (14)
Kota Marudu – 57 (17)
Kota Kinabalu – 53 (78)
Ranau – 47 (18)
Kota Belud – 36 (33)
Tenom – 26 (26)
Tambunan – 25 (15)
Tawau – 25 (30)
Penampang – 24 (18)
Tuaran – 24 (42)
Lahad Datu – 18 (3)
Sipitang – 18 (1)
Keningau – 18 (14)
Kudat – 17 (3)
Papar – 13 (11)
Pitas – 1 (1)
Sandakan – 12 (9)
Telupid – 11 (2)
Beluran – 9 (1)
Tongod – 9 (7)
Putatan – 8 (13)
Kinabatangan – 7 (1)
Kuala Penyu – 3 (2)
Kunak – 1 (0)
Nabawan – 1 (4)
Kalabakan – 1 (1)
Semporna – 0 (0)





