DBKK Kenakan Kompaun Kepada 3 Premis Makanan Di Sekitar Kota Kinabalu

DBKK Kenakan Kompaun Kepada 3 Premis Makanan Di Sekitar Kota Kinabalu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – TIGA (3) premis makan di Medan Selera Anjung Senja dan Taipan Inanam telah dikompaun oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas pengendalian makanan yang tidak bersih dalam sebuah operasi pada petang Selasa dan Rabu baru-baru ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata Operasi Pemeriksaan Premis Makanan itu satu usaha memastikan keselamatan makanan dan kesihatan awam berada pada tahap yang baik.

“Operasi ini bertujuan untuk penggredan premis makanan yang beroperasi pada waktu malam, khususnya yang mendapat Gred C dan yang baru beroperasi.”

Pegawai DBKK sedang mengeluarkan kompaun…

Sebanyak 2 kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Premis Makanan, 1966 atas kesalahan pengendali makanan tidak memiliki sijil kesihatan yang sah.

Satu lagi kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap (Pindaan 2005) kepada sebuah premis yang telah mengotorkan kaki lima.

Tong sampah yang dibiarkan di kaki lima kedai…

“Nasihat pendidikan kesihatan serta kompaun yang dikeluarkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pengusaha premis betapa pentingnya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan dan kesihatan awam berada pada tahap yang baik…

“Para pengusaha adalah diharapkan untuk sentiasa mematuhi Undang-Undang Kecil Premis Makanan, 1966 dan Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap (Pindaan 2005) serta Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan di setiap premis makanan mereka bagi menjaga kepentingan awam,” katanya.