Rakyat Harus Patuhi Sepenuhnya PKP Penuh Demi Pembendungan COVID-19 Dalam Negara –...

Rakyat Harus Patuhi Sepenuhnya PKP Penuh Demi Pembendungan COVID-19 Dalam Negara – Jonathan Yasin

0
SHARE
Jonathan Yasin...

RANAU, SABAH – Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin mengajak rakyat khususnya dalam kawasan Ranau mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh demi pembendungan COVID-19.

Timbalan Menteri II, kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia berkata maklum balas DUN Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan adalah baik.

“Kawasan Parlimen P.179 di sini, menyokong penuh dan menyambut baik terhadap keputusan kerajaan melaksanakan ‘Total Lockdown’ selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara…

“Rakyat tanpa mengira suku kaum, agama, budaya atau ideologi politik harus akur dan mematuhi segala langkah dan inisiatif kerajaan dalam membendung jangkitan COVID-19yang kini turut membimbangkan masyarakat antarabangsa.

“Patuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang diumumkan memandangkan jangkitan COVID-19 dalam negara ketika ini masih menunjukkan peningkatan.

“Berjaya atau tidaknya rancangan dan usaha kerajaan untuk membendung pandemik COVID-19 dalam negara ini bergantung kepada komitmen rakyat itu sendiri sama ada patuh kepada rancangan yang dibuat kerajaan atau tidak,” katanya.

Katanya pandemik COVID-19 tidak boleh diambil ringan yang membabitkan nyawa dan mempunyai impak negatif kepada generasi yang akan datang.

“Memang ramai penduduk yang terjejas dan terkesan dari sudut ekonomi dan sebagainya akibat daripada pelaksanaan PKP Penuh ini, namun kita semua mesti bersabar, tabah hati serta tenang dalam menghadapi kerumitan yang timbul…

“Pihak kerajaan juga berusaha keras untuk membantu rakyat semasa PKP Penuh ini, dan akan melaksanakan pelbagai strategi bagi memastikan beban hidup rakyat dapat dikurangkan,” tambah beliau.

Kerajaan Malaysia semalam mengumumkan ‘Total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.