Kota Marudu Merupakan Daerah Tertinggi Catat Bilangan Mangsa Banjir Ketika Ini

Kota Marudu Merupakan Daerah Tertinggi Catat Bilangan Mangsa Banjir Ketika Ini

0
SHARE
Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu menyambung operasi pemantauan banjir pagi ini di Kampung Kuranji dan Kampung Damai...

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah mangsa yang sedang berteduh di Pusat Penempatan Sementara (PPS) ekoran banjir yang melanda kawasan sekitar negeri ini sejak empat (4) hari lalu adalah seramai 3,393 orang setakat tengah hari tadi.

Kota Marudu merupakan daerah dengan bilangan mangsa tertinggi iaitu 2,749 orang melibatkan 1,051 keluarga dalam 13 PPS.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata air Kampung Kuranji dan Damai pada daerah sama beransur surut dengan keadaan cuaca yang cerah setakat pukul 10 pagi tadi.

“Operasi pemindahan mangsa juga sedang dijalankan di Kampung Simbilingon, pedalaman Pitas ke PPS…

”Ketua Operasi melaporkan keadaan cuaca pada 10 pagi adalah hujan lebat manakala banjir menunjukkan penurunan berbanding kelmarin,” katanya.

Bagaimanapun Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana bencana melalui Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah berkata semua PPS yang sedang aktif masih boleh menampung lebih ramai mangsa.