KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah daerah yang mencatat peningkatan dan penurunan kes hampir seimbang.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkaya lapan (8) daerah merekodkan peningkatan kes baharu dan enam (6) daerah pula merekodkan penurunan kes.
“Empat (4) daerah iaitu Lahad Datu, Ranau, Tambunan dan Tenom yang merekodkan kes sifar kelmarin, mencatatkan jangkitan baharu hari ini…
“Tenom 2 kes dan yang lain masing-masing satu jangkitan baharu.
“Tiga (3) daerah pula iaitu Kunak, Tawau dan Kuala Penyu yang merekodkan kes kelmarin bersih daripada sebarang jangkitan baharu hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes.
Kota Kinabalu dengan 16 jangkitan baharu kekal dengan kes dua angka tetapi jumlahnya susut 6 kes berbanding hari sebelumnya.
Sebanyak 15 daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Terdapat satu (1) kes dalam Kategori 5 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (23 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 16 (22)
Penampang 6 (9)
Putatan 5 (1)
Tuaran 4 (2)
Papar 3 (1)
Kota Belud 2 (0)
Tenom 2 (0)
Lahad Datu 1 (0)
Ranau 1 (0)
Sandakan 1 (1)
Semporna 1 (2)
Tambunan 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (1)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (2)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tawau 0 (2)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)





