Kerjasama Antara Jabatan Atasi Masalah Jalan Raya Rosak – Ali Ahmad

Kerjasama Antara Jabatan Atasi Masalah Jalan Raya Rosak – Ali Ahmad

0
SHARE
Pengarah Kerja Raya Sabah (JKR), Datuk Ir. Hj Ali Ahmad Hamid...

KOTA KINABALU, SABAH – Keadaan jalan raya lebih teruk lagi di kawasan luar bandar Sabah berpunca dari muatan lebih sawit dan balak.

Pengarah Kerja Raya Sabah (JKR), Datuk Ir. Hj Ali Ahmad Hamid berkata, struktur tanah di bawah jalan dengan ketebalan 700mm itu dilemahkan muatan berat dan memendekkan jangka hayat.

“Saya menyeru pihak berwajib supaya melihat isu kerana khuatir akan membahayakan pengguna jalan raya…

“Kita harus bekerja sebagai sepasukan termasuk JPJ, Polis trafik dan begitu juga di peringkat kampung serta pengusaha yang membawa muatan melebihi had,” katanya.

Beliau berkata sama berhubung hasrat JKR demi menjayakan aliran trafik tanpa gangguan (uninterrupted floor) seluruh Sabah khususnya sepanjang Lebuhraya Pan Borneo Sindumin – Kota Kinabalu, Tuaran dan Batu 32, Sandakan.

“Majlis Daerah dan Jabatan Perancang Bandar harus lebih teliti dan berbincang dengan kami sebelum melususkan sebarang pelan,” katanya.

Menurutnya, jenis jalan raya tersebut sepatutnya bebas dari sambungan jalan dan hanya mempunyai pusingan u dalam jarak yang berjauhan.

“Ianya cuba diimplimentasikan untuk jalan KK – Donggongon tetapi gagal kerana terlalu banyak sambungan jalan haram ke premis dan sebagainya.

“JKR sentiasa menyokong pembangunan tetapi tidak mampu kalau ia menggangu tujuan kita iaitu Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.