Gagasan Rakyat Tambunan Sumbang Dana Kepada SM ST Martin Tampasak Tambunan

Gagasan Rakyat Tambunan Sumbang Dana Kepada SM ST Martin Tampasak Tambunan

0
SHARE
Gagasan rakyat
Victor (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kewangan berkenaan kepada Janius (dua dari kiri). Turut kelihatan Oliver (kiri) dan Romanus (kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Gagasan Rakyat Tambunan )

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) N39 Tambunan akan memberikan penekanan terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar di daerah itu.

Ketua Penaja Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Victor P Paut berkata, untuk itu prasarana sekiolah perlu lengkap bagi membolehkan pelajar dapat belajar dengan selesa.

“Manakala guru pula dapat memberikan pengajaran dengan penuh tumpuan dan ceria,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan dana kepada SM ST Martin Tampasak, Tambunan, dipejabatnya, di Kota Kinabalu, semalam.

Sumbangan berkenaan diterima oleh pengetua sekolah St. Martin Tampasak, Tambunan Janius @Kow Rantisan.

SM ST Martin Tampasak ketika ini memerlukan dana bagi menampung kos pembelian kelengkapan bilik darjah iaitu kerusi dan meja pelajar, meja pejabat UBK dan sebagainya.

“Saya difahamkan bahawa sekolah SM ST. Martin Tampasak menerima pendaftaran kemasukan pelajar baru yang agak ramai dan tidak mampu menampung kapasiti bilik darjah.yang sedia ada.

“Justeru, saya tampil untuk membantu menyalurkan dana bagi meringankan bebanan yang dihadapi sekolah ini,” katanya.

Victor juga memuji komitmen para guru sekolah itu yang telah berusaha mencari dana sendiri untuk keperluan prasarana sekolah berkenaan.

“Saya dan Gagasan Rakyat Tambunan menyambut baik usaha seperti ini bagi menyediakan prasarana sekolah yang baik untuk kebajikan pelajar.

“Sudah pasti, ini akan membantu sekolah ini ke arah pencapaian akademik palajar yang cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Janius melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Victor diatas sumbangan yang diberikan.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM ST. Martin Tampasak, Tambunan Oliver Olang dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM ST Martin Tampasak Tambunan, Romanus Joannes.

Di majlis yang sama, Victor turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada Persatuan Vereran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tambunan kepada pengerusi persatuan itu, Oliver Wilfred Win.