Hampir 90% Penduduk DUN Karambunai Lengkap Terima Vaksin COVID-19

Hampir 90% Penduduk DUN Karambunai Lengkap Terima Vaksin COVID-19

0
SHARE
Yakub (tengah) sempat bergambar bersama kanak-kanak Kampung Pulau Sepanggar yang baru sahaja mendapat dos pertama vaksin Pfizer mereka bersama Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Mukti Muchlish (kanan)...

KOTA KINABALU, SABAH – Hampir 90 peratus (90%) dalam Dewan Undangan Negeri N.16 (DUN) Karambunai telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19

Wakil rakyat Karambunai, Datuk Yakub Khan berkata, masyarakat khususnya yang menetap di kawasan bandaraya Kota Kinabalu mula sedar akan manfaat bagi mendapatkan vaksin.

“Cabaran bagi memvaksinasi rakyat di kawasan ini terletak pada kawasan Telipok Darat di mana kenderaan pacuan empat roda terpaksa digunakan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)…

“Rangkaian jalur lebar lemah juga menjadi satu masalah sehingga perkhidmatan (jalur lebar) mudah alih (Connection On Wheels) dibawa masuk agar penduduk dapat mendaftar diri menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Program vaksinasi sudah dilaksankan di rata-rata semua kampung dalam DUN Karambunai dengan bantuan bersama pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui semasa program jangkaun di Pulau Kampung Sepanggar hari ini.

Tambah Yakub, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, program berkenaan mendapat sambutan luar biasa terutamanya dari golongan remaja dimana 100 daripada penduduk kampung tampil mendapatkan suntikan Pfizer.

“Kebanyakkan daripada golongan dewasa sudah mengambil vaksin mereka di tanah besar Kota Kinabalu…

“Golongan ibubapa atau penjaga perlu menggalakan anak remaja berusia 12 sehingga 17 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum pembukaan semula sekolah yang dijadualkan bermula 3 Oktober ini.

“Ini selari dengan usaha Kerajaan Negeri dalam mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok menjelang November,” katanya lagi.

Menurutnya, usaha ini perlu dipercepatkan bagi pembukaan semula semua sektor seperti sedia kala di mana rakyat boleh kembali menjana pendapatan hidup.

Seorang bapa menerima suntikan semangat setelah melihat dua anaknya, 14 dan 17 tahun, divaksin di halaman kampung sendiri.

Iskandar mengambil gambar anaknya yang berumur 14 tahun sedang diberikan vaksin…

“Saya lebih yakin untuk menghantar mereka kembali ke asrama penuh SMK Bandaraya apabila sekolah buka semula nanti…

“Pada mulanya mereka takut tapi saya mendorong mereka untuk mengambilnya (vaksin). Ini sahaja cara yang terbaik dan satu-satunya bagi menghindar diri kita dari wabak COVID-19,” kata Iskandar.

Bagi seorang nelayan yang hilang kerjaya sebagai seorang pemandu pelancong selepas COVID-19 melanda dunia, Kennedy Louis akhirnya mendapatkan vaksin yang juga mengembalikan keyakinan dalam pergerakan hidupnya.

“Tiada sakit langsung…ada juga kawan yang menghasut supaya tidak mendapatkan vaksin. Dia tidak berani menjaga kesihatan diri sendiri dan juga orang sekeliling…

“Sekarang saya memancing di perairan laut berhampiran sini dan menjual hasil kepada penduduk di Kampung Unggun, Sepanggar.

Kennedy Louis…

“Itu sahaja punca pendapatan kami sekarang. Kadang-kadang dalam tiga hari kami tidak mendapat apa-apa,” kata lelaki berumur 43 tahun itu.

Dalam pada itu, Datuk Yakub bersama petugas kesihatan UMS juga berkesempatan melawat ke rumah-rumah warga emas Kampung Pulau Sepanggar yang tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin di balai raya kerana mengalami sakit tua.

Datuk Yakub Khan (duduk kanan) melihat seorang warga emas Kampung Pulau Sepanggar diberikan vaksin…