KOTA KINABALU, SABAH – Angka kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus menurun dengan 1,395 KES dicatat pada hari ini.
Ianya merupakan jumlah kes harian terendah yang direkod sejak 11 Ogos dengan penurunan sebanyak 138 kes dari semalam.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, secara keseluruhannya kebanyakan daerah menunjukkan angka penurunan.
“Statistik menunjukkan 16 daerah mencatatkan penurunan dan 11 lagi mencatatkan peningkatan (kes)…
“Kota Kinabalu mencatatkan perubahan yang agak baik dengan catatan cuma 160 kes, iaitu rekod sebanyak penurunan 109 kes.
“Antara daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Ranau (-64), Pitas (-32), Penampang (-30), Kinabatangan (-22), Keningau (-19) dan Tenom (-14).
“Daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara pula ialah Sandakan (+75), Kota Marudu (+33), Kunak (+16), Lahad Datu (+13), Tambunan (+11) dan Nabawan (+10),” katanya.
Sebanyak 558 kes hari ini adalah kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari.
“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 833 kes manakala jumlah pesakit tertinggi berada dalam Katergori 2 (899 kes),” beliau berkata.
Walau bagaimanapun, stu kluster baharu jenis tempat kerja turut dikesan, Kluster Sawit Safoda, di daerah Kinabatangan dengan penemuan 23 kes.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 160 (269)
Sandakan – 159 (84)
Lahad Datu – 127 (114)
Tuaran – 106 (108)
Kota Marudu – 84 (51)
Kota Belud – 78 (79)
Tawau – 69 (67)
Keningau – 67 (86)
Putatan – 67 (51)
Papar – 64 (67)
Kinabatangan – 60 (82)
Penampang – 57 (87)
Ranau – 36 (100)
Nabawan – 36 (26)
Pitas – 36 (68)
Kunak – 27 (11)
Beluran – 23 (20)
Tenom – 20 (34)
Kudat – 19 (28)
Tambunan – 18 (7)
Tongod – 18 (20)
Telupid – 15 (20)
Beaufort – 14 (15)
Semporna – 13 (16)
Kuala Penyu – 8 (7)
Kalabakan – 8 (5)
Sipitang – 6 (11)





