KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jenderal Republik Indonesia (RI) Kota Kinabalu, Bapak Krishna Djelani di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.
Hajiji berharap akan lebih banyak kerjasama dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama antara Malaysia dan Indonesia, terutama yang berkaitan dengan Sabah.
Inisiatif SOSEK-Malindo dan BIMP-EAGA telah membawa faedah ekonomi dan sosial budaya kepada kedua-dua negara, sekali gus beliau mahu lebih banyak kerjasama sempadan dalam perdagangan, yang akan memberi menfaat kepada kedua-dua pihak.
Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Haji Ag Shahminan Datuk Haji Ag.Shari.