KEDUDUKAN EMPAT AHLI PARLIMEN GRS AKAN DITENTUKAN DALAM TEMPOH 21 HARI

KEDUDUKAN EMPAT AHLI PARLIMEN GRS AKAN DITENTUKAN DALAM TEMPOH 21 HARI

0
SHARE
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul...

KUALA LUMPUR – Keputusan berhubung kedudukan kekosongan empat Ahli Parlimen dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dibuat dalam tempoh 21 hari ini.

Memetik sumber Malaysia Kini, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima menerima surat rasmi daripada Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee pada 27 Disember lepas bagi meminta Dewan Rakyat memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa empat kerusi Parlimen itu akan dikosongkan.

“Di bawah Perkara 49A(3), speaker akan memutuskan sama ada kerusi ini akan dikosongkan atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Johari turut berkata, Ronald mencadangkan supaya empat ahli parlimen GRS itu mengosongkan kerusi mereka.

“Saya memberitahu dia bahawa saya belum menerima apa-apa lagi. Dia menulis kepada saya secara rasmi pada 27 Disember.

“Jadi, sekarang saya mendapat semua suratnya dan saya akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Disamping itu, beliau turut memaklumkan pihanya perlu meneliti perkara terbabit dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya perlu banyak membaca, meneliti dan saya berharap untuk menyelesaikan secepat mungkin.

“Saya akan mencari penyelesaian terbaik bagaimana untuk bertindak balas terhadap perkara ini dan itu akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Johari pada masa sama menegaskan, selepas menerima surat secara rasmi daripada Ronald, menurut undang-undang dia mempunyai masa selama 21 hari untuk membuat keputusan.

Sebelum ini, dilaporkan GRS yang pada mulanya berikrar taat setia kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pemimpin PN untuk dilantik sebagai Perdana Menteri namun sokongan itu berubah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, pada 10 Disember lalu, sekumpulan 15 ADUN GRS dan empat Ahli Parlimen mengisytiharkan bahawa mereka keluar dari BERSATU.

Mereka terdiri daripada Datuk Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).

Datuk Azmizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang)…

PN mendakwa empat ahli parlimen terbabit perlu mengosongkan kerusi masing-masing selaras dengan pelaksanaan undang-undang antilompat pari yang termaktub dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini media turut melaporkan Ronald menegaskan empat Ahli Parlimen itu adalah antara calon yang bertanding sebagai ahli BERSATU dalam PRU ke-15 lalu.

“Melalui surat bertarikh 3 November kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, setiausaha BERSATU Sabah mengesahkan empat ahli Parlimen itu adalah antara calon yang bertanding sebagai ahli BERSATU.

“Keahlian mereka dalam GRS disediakan sebagai ahli BERSATU,” katanya.