Suspek Lelaki Bersama Kelapa Sawit Curi Ditahan

Suspek Lelaki Bersama Kelapa Sawit Curi Ditahan

0
SHARE
Suspek yang ditangkap bersama kelapa sawit curi. - Gambar Polis Sabah...

TAWAU, SABAH – Polis telah menahan semula seorang suspek lelaki warga tempatan daripada serahan orang awam kerana disyaki terlibat dengan kes curi sawit di kawasan ladang kebun sawit Kampung Membalua.

Sewaktu kejadian malam semalam, suspek menggunakan kenderaan jenis kereta Perodua Kancil unyik mengangkat sebanyak lebih kurang 20 tandan kelapa sawit daripada kebun milik pengadu di kawasan Membalua.

Ketua Polis Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata suspek bersama barang rampasan ditahan oleh olis Balai Polis Bandar Sri Indah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.