DBKK Kenakan Kompaun Terhadap 12 Individu Gagal Daftar MySejahtera Masuk Premis

DBKK Kenakan Kompaun Terhadap 12 Individu Gagal Daftar MySejahtera Masuk Premis

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH -Anggota dan pegawai DBKK sedang menjalankan Ops Putus di City MallDua belas (12) individu di City Mall sini dikenakan kompaun dalam Ops Putus yang dijalankan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada petang Selasa.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, operasi melibatkan Jabatan Penguatkuasaan (JP) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) DBKK diketuai Timbalan Pengarah JP, Tuan Fohny Garampang.

“Seramai 240 orang pelanggan dan 95 orang pekerja telah diperiksa dalam operasi pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan sebanyak 44 premis perniagaan dan makanan bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang…

“Ops ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sebanyak sepuluh (10) kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta 342 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia iaitu kegagalan untuk mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan Mysejahtera atau Buku Pendaftaran.

Anggota dan pegawai DBKK sedang menjalankan Ops Putus di City Mall…(Sumber Foto: Ihsan DBKK)

“Manakala sebanyak dua (2) kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil DBKK…

“Dinasihatkan agar semua operator premis perniagaan untuk sentiasa patuh terhadap SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan,” tambahnya.